Thursday, November 20, 2014

OTAK TAJAM YANG TANGANNYA BERGERAK

Pada abad ini, orang yang beroleh kejayaan dan kekayaan adalah orang yang OTAKKNYA TAJAM dan TANGANNYA BERGERAK.

OTAK TAJAM sahaja tidak ada gunanya kalau tak diusahakan.
Lembab seperti kura-kura.
Suka di balik tabir sahaja.

USAHA sahaja tidak cukup kalau otak beku, pasif, lembab seperti kura-kura.
Takut pada perkara yang tidak tahu hujung pangkal.

Petikan JUTAWAN MLM, disusun Razzi Armansur, ms 78.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Betul tu, kan.
Cerdik sahaja tidak akan menjanjikan apa-apa.
Kombinasi OTAK dan FIZIKAL sangat penting.

'Bagaimana nak peroleh OTAK TAJAM?
Saya ni sekolah tak tinggi...'

Eeeeemmm...Alasan lagi.
IQRA', IQRA', IQRA'...
Allah menyeru para hambaNYA untuk membaca.
Ini menunjukkan dengan jelas kepentingan membaca.
Banyak membaca apatah membaca AL-QURAN meningkatkan KETAJAMAN BERFIKIR.
Perbanyakkanlah bacaan ayat suci AL-QURAN.
ILHAM mudah datang dan datang.
Itulah MUKJIZAT AL-QURAN.

Dan, perbanyakkan bacaan ilmiah.
Bacaan yang sesuai dengan KEPERLUAN KITA.
Bacalah bahan bacaan yang memimpin kita ke arah DUNIA dan AKHIRAT yang KAYA BERJAYA.
Maksudnya, mestilah MEMILIH bahan bacaan.
Baharulah, DIRI kita DIBINA dengan sebaik ROHANI JASMANI.

Semoga kita semua di dalam golongan PECINTA, PENGAMAL dan PENYAMPAI ILMU, AMIN.

2 comments:

  1. sekolah tak tggi tu alasan je..pd hal...malas;...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahha...betul tu...Lupa nak masukkan point 'malas' tuw...adehdeh...

      Delete