Friday, July 23, 2021

KEEP ON TRACK EACH DAILY LIFE


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

JUMAAT BAROKAH BUAT SEMUA.....

Sudah memasuki hari Jumaat dan terasa banyak betul tugasan yang masih belum langsai.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.

Macam mana ya, nak buat supaya diri kita terus efisien dan produktif?
Keep on track, kata pepatah positif.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. Niat yang baik.
2. Fokus untuk setiap tugasan.
3. Komitmen yang tinggi untuk menjayakan hari demi hari.
4. Hisab diri iaitu membuat sesuatu kerja pada waktu yang sepatutnya (tidak terlalu lama membuat satu-satu pekerjaan, untuk elak pembaziran waktu dan tenaga).
5. Berserah pada Allah akan sesuatu yang sudah kita lakukan.
6. Buku Catatan Harian.
7. Jam tangan atau jam dinding.

METODOLOGI

A. Sebelum tidur

1. Tulis dalam buku catatan harian, perancangan untuk esok beserta waktu dan tempohnya.
2. Bayangkan semua tugasan untuk esok, diselesaikan dengan lancar.

B. Bangun tidur selepas Solat Subuh

1. Lihat semua tugasan pada hari tersebut yang bermula dari pagi hingga malam.
2. Bayangkan semua perancangan disempurnakan dengan teratur dan siap awal waktu.
3. Habis setiap tugasan, potong perkataan tugasan tersebut satu demi satu dalam buku catatan harian (ini banyak membantu keyakinan diri untuk menyiapkan tugasan yang seterusnya).
4. Sentiasa kemaskini dan bersama dengan buku catatan harian kerana ini menunjukkan kita bersungguh-sungguh untuk 'on track' pada hari tersebut dan tidak tersasar.

C. Selepas Solat Isyak

1. Muhasabah semua tugasan dan aktiviti sepanjang satu hari.
2. Tulis mana-mana tugasan yang perlu dibawa kepada esok hari atau hari seterusnya.
3. Kita perlu ada perancangan setiap hari, minggu, bulan dan tahunan.

Jika ada rakan-rakan yang tidak gemar menulis, boleh sahaja menggunakan komputer, ipad dan telefon bimbit untuk menyenaraikan tugasan harian dan mengemaskininya.

SELAMAT BERAMAL!!!

-AinunAdvisor-

No comments:

Post a Comment