Saturday, November 22, 2014

TIPS SOLAT AWAL WAKTU

Sesungguhnya,
solat itu adalah satu KETETAPAN yang diwajibkan atas ORANG-ORANG YANG BERIMAN
yang TERTENTU WAKTUNYA.
(An-Nisa' : 103)

TIPS 1
Latih diri BERHENTI SEMUA TUGASAN tanpa alasan.
Contoh : Jika sedang menyiapkan assignment, dengarnya waktu azan segera berwudhuk dan bersiap untuk menyempurnakan solat.

TIPS 2
Jadualkan sebarang temujanji dengan menjadikan WAKTU SOLAT sebagai PANDUAN.
Contoh : Jika hendak mengatur temujanji dengan pelajar pada sebelah petang pastikan kita sempat menyelesaikan solat Zohor atau solat Asar, seperti pukul 2-3.30 petang atau pukul 4.30-6.00 petang.

TIPS 3
Adakan REMINDER
Contoh : Masukkan kemudahan alarm di telefon bimbit kita bagi tujuan mengingatkan telah masukknya waktu solat.

TIPS 4
Tampal POSTER di tempat kerja atau di rumah
Contoh : POSTER yang terpampang di depan mata menyatakan bahana melewat-lewatkan waktu solat akan menyukarkan rezeki baik di dunia mahupun di akhirat.

TIPS 5
Pilih KAWAN yang MEMLIHARA WAKTU SOLAT
Contoh : Kawan yang sentiasa mengingatkan waktu solat walau di mana berada baik di rumah mahupun dalam perjalanan.

TIPS 6
Letakkan SOLAT No.1
Contoh : Dalam sebarang perkara niatkan seikhlasnya dan buktikan bahawa SOLAT adalah No. 1 dalam hidup kita.

TIPS 7
Solat JEMAAH di masjid
Contoh : Dengarnya azan terus bergegas menunaikan hak selaku hambaNYA, Solat berjemaah sangat membantu kita dalam mendidik diri solat dengan khusyuk dan tenang.

TIPS 8
Ingat MATI itu tidak TENTU WAKTU
Contoh : Sesungguhnya MATI itu PASTI. Moga mati kita, hujung hidup kita HUSNUL KHOTIMAH. Moga sempat selesaikan hak padaNYA sebelum nyawa ditarik pergi. AllahuRobbi.

In sya Allah.
Moga membantu.

Rujukan:
1) Tazkirah.net
2) Ilhamku.

6 comments:

  1. Perasaan solat di awal waktu sgt best banding dgn solat lambat2. Pengalaman sy kat sini, banyaknya kelas pagi habis di saat zohor dah nak masuk asar. Kadang2 tgh gegas solat zohor tu, sbnrnye dah masuk asar dah. Huhu. Tp bila dpt solat asar awal, rasa hepi sangat. ;) doakan yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul.
      Sama-sama kita mendoakan yang terbaik...:-)

      Delete
  2. tengah praktis nak solat di awal waktu :)..thanx singgah kat blog kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-samalah kita...Semoga Allah mudahkan jalan kebaikan. :-)

      Delete
  3. thanks sharing. kdg2 kita ni alpa ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Betul, sama-sama ingatkan diri dan mereka yang kita sayang. :-)

      Delete