Monday, November 24, 2014

IKAN, MINYAK IKAN DAN MANFAATNYA

IKAN

Terdapat pelbagai zat-zat nutrisi dalam ikan seperti,
1. lisin
2. isoleusin
3. triptofan
4. arginine
5. metionin

Zat-zat nutrisi di atas sangat diperlukan untuk,
1. proses metabolisme
2. proses pertumbuhan
3. pemulihan jaringan sel-sel badan

Ikan yang memang terkenal kerana sumber protein juga mengandungi asid lemak tidak tepu.
Asid lemak tidak tepu menentukan tahap kesihatan tubuh badan manusia.
Di masa komponen protein bertugas membangunkan pelbagai sistem tubuh manusia, aisd lemak tidak tepu seperti OMEGA 3 bertugas
1. mengoptimumkan prestasi  jantung
2. mengoptimumkan prestatsi pembuluh darah
3. perkembangan otak
4. kecerdasan.

Terdapat 2 jenis asid lemak di dalam ikan iaitu,
1.EPA
2. DHA
Kedua-dua asid lemak omega 3 membantu,
1. perkembangan sel-sel otak
2. sistem saraf janin

EPA dan DHA banyak terkandung di dalam ikan air laut.
Contohnya,
1. Ikan sardin
2. Ikan keli
3. Ikan makarel
4. Ikan salmon
5. Ikan kembung
6. Ikan selayang
Selain itu, ikan air tawar yang mengandungi EPA dan HPA ialah ikan lampam Jawa.

Ikan adalah MAKANAN OTAK yang utama.

MINYAK IKAN

Minyak ikan mengandungi pelbagai jenis asid lemak iaitu ;
1. Asid lemak tepu
2. Asid lemak tidak tepu tunggal
3. Asid lemak tidak tepu berganda

Minyak ikan diekstrak daripada ikan terutamanya ikan laut.
Komposisi minyak ikan laut lebih komples dan mengandungi asid lemak tidak berantai panjang lebih banyak daripada ikan air tawar.

Semasa musim bertelur, kandungan lemak ikan bertambah.
Nilai kalori yang diperolehi lebih tinggi daripada biasa.

Ikan laut memiliki pelbagai zat gizi  yang lebih tinggi seperti tembaga (Cu), vitamin A dan vitamin D. Dua sudu minyak ikan kod mengandungi 1,200 mg vitamin A, 20 mg vitamin D dan 2 g asid lemak Omega 3.Vitamin A dan D yang terkandung di dalam ikan dapat membantu proses tumbesaran anak, khususnya perkembangan
1. penglihatan
2. tulang
3. gigi.

Sumber : Dr. Tauhid Nur Azhar (2014). Rahsia Tentera Imun.

No comments:

Post a Comment