Saturday, September 13, 2014

BERNIAGA MEMBANTU BERNIAGA MEMBANTU

Selepas COD Karipap Mak Tam yang pelbagai perasa tu...aku terima mesej seorang jiran di Fasa 3 Tambahan...

'Kak...Ada tak stok karipap sekarang? Jiran saya meninggal, saya nak berikan karipap ni untuk mereka yang datang membantu kat rumah dia...'
'Innalillah...Karipap tu ada, in sya Allah...nak berapa ya?'
'Kak, saya nak 15 bungkus tak kisahlah inti apa...kalau akak boleh hantar lagi baik sebab suami saya bantu uruskan jenazah dan persiapan...'
'Oh, boleh jer akak pi hantarkan sebab akak memang nak keluar...nak ziarah kawan pi haji...'
'Mujurnya, kak...terima kasih banyak-banyak...'
'Tak de masalah...pilah tolong jiran tu...japgi akak datang...'

Ya Allah...Aku berdoa padaMu semoga urusan berniaga kecilan ini membantu ramai...
buatkan kami mengenali ramai...
buatkan kami banyak menyubur pahala...
buatkan kami punya pelaburan di sini dan di sana...
dan, yang paling penting...buatkan kami semakin rapat denganMU, AMIN...

~AINUN 017-2125900
Beautify our health 1084846~

No comments:

Post a Comment