Friday, September 12, 2014

Apa yang kita ucap, itulah yang kita dapat

Minggu ni adalah minggu padat buat anak-anakku...

Kak Long baru sahaja selesai Percubaan PT3...
Kak Ngah baru sahaja pulang dari berkhemah 3 hari...
Kak Lang pula seronok melawat Zoo Negara dan Kilang Coklat Beryl's...

Muhammad dan Fahim dengan aktiviti sendirian berhad mereka....hehhhehe...

Aku pula berkursus seminggu minggu ini di Puchong...

Hujung minggu baru-baru ini memang masa dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan kakak bertiga ini...

Walaupun padat...
Aku tak suka sebut perkataan SIBUK...SIBUK...SIBUK...
JIKA ASYIK MENYEBUT SIBUK, SIBUKLAH YANG KITA DAPAT...

Aku selalu berdoa dalam hati....(Kadang-kala tu lupa juga...huhuhu)
Ya Allah, Kau Kurniakanlah pada aku, suami, anak-anak, ibubapa, ibubapa mertua, keturunan kami agar dilapangkan masa...dikurniakan masa yang berkat...
Semoga banyak perkara kebaikan yang kami boleh lakukan dalam satu-satu masa...

Sesungguhnya, setiap kata itu doa...
Bila kita sering sebut perkataan SIBUK, SIBUK, SIBUK...
Kepada kawan-kawan, anak-murid, mereka sekeliling kita...
Cukup 40 kali...memang makbul doa...
Malah, bukan itu sahaja...kita tidak tahu bilamana malaikat rahmat menaikkan kata-kata kita kepada Allah, lantas dimakbulkan...
Apatah lagi, di hari Jumaat yang mulia ini...akan ada satu saat dan ketika yang setiap kata-kata kita dimakbulkan Allah sebulatnya...
Aku cukup takut bila mengetahui semua keadaan makbul ini...

Justeru, ayuh kita berkata yang benar semata...
Ayuh kita berkata yang indah-indah belaka...
Ayuh kita berkata yang baik-baik semata...

Aku yang penuh kehilafan menasihati diri aku jua...
Semoga kita semua berada di dalam rahmat Allah...

1 comment: