Sunday, October 5, 2014

KELONGSONG KETUPAT AIDIL ADHA

Al-kisah bermula apabila membuat keputusan masak nasi impit kuah kacang sempena Aidil Adha.


Minta tuan suami belikan kelongsong ketupat yang dah sedia untuk direbus.
Pergi ke kedai yang biasa menjual kelongsong ketupat ni...tapi dah takde...
Tuan suami pi cari merata..,last-last jumpa dan beli daun palas di tepian jalan.
Balik rumah dengan yakinnya, 'kelongsong ketupat ni senang je buatnya'..kata tuan suami...'boleh rujuk youtube...'
Eeemmm...de tengahari sampai petang sampai malam, baru berjaya buat...kihkih...Alhamdulillah. Setelah bermacam video tengok.



Selamat Hari Raya Aidil Adha semua...❤️

No comments:

Post a Comment