Friday, November 14, 2014

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?



Setakat ke hari ini, Nun pasti membaca surah Ar-Rahman setiap hari.
Antara fadhilat yang membuka pintu rezeki membuatkan Nun nekad istiqomah membacanya setiap hari, Alhamdulillah.
Sudah hampir 2 bulan Nun mengamalkannya tetapi baru hari ini Nun perasan ayat ini diulang banyak kali berselang-seli dengan ayat lain.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirulah.
Sungguh diri ini membaca secara membuta tuli.
Hanya membaca dan membaca.
Baru hari ini dibuka hijab untuk lebih menyedari susunan ayat-ayatNYA.
Masya Allah.

Inilah makna ayat indah yang Nun maksudkan.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Kedapatan di ayat 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75 dan 77.

Kedapatan di 31 ayat dalam surah Ar-Rahman.

Mengapa Nun tak perasan sebelum ini? Walhal dibaca setiap hari?
Masya Allah.
Syukur, Ya Allah kerana menyuluhi sinar di mata, hati dan minda ini untuk menyedarinya.


No comments:

Post a Comment