Tuesday, November 11, 2014

MAKANAN TAMBAH DARAH

Sebelum berbekam pagi tadi, Ustaz dah pesan untuk ambil makanan tambah darah.
Contohnya, bayam merah dan ketam.
Dengar sambil lalu sahaja tadi.

Sudah berbekam ni baru faham sebab jika berbekam lintah memang lambat betul-betul henti darahnya.
Nun dah mula pening-pening tadi.
Sesampai di rumah, Nun telan Vitalea 2 biji.
Nak tunggu sayur bayam dan ketam...kihkih...Tunggu beli lauk kat pasar dan masak nantilah.
Lega, Alhamdulillah.
Kalau tak rasa berdenyut je.
Tambahan lihat darah membasahi tisu yang menutup luka berbekam lintah tadi.

Setiap kali solat, Nun mesti ambil air sembahyang yang baru.
Maklum, darah kaki sebelah kanan masih menitik-nitik.
Alhamdulillah, lepas Maghrib, luka kaki sebelah kiri sudah mula mengering.
Luka kaki sebelah kanan masih menitik tapi semakin halus.

Ya Allah, Kau sembuhkan Ainun Zuriyati.
Semoga Ainun Zuriyati dikurniakan ruang waktu dan tenaga untuk membantu kaum keluarganya dan mereka di sekelilingnya, Amin.

No comments:

Post a Comment