Saturday, December 27, 2014

TENTERA ALLAH

Air hujan.
Air bah.
Angin.
Mereka juga makhluk Allah.
Mereka ialah tentera Allah.
Betul cakap Ustaz Dusuki.
Allah mahu kita takut padaNya.
Allah mahu kita kembalikan hati, diri, mental secara mutlak padaNya.
Sebelum syariatNya ditegakkan tahun depan.
Sesungguhnya kalimah Allah itu suci.
Maha Suci.
Yang suci takkan padan dengan yang haram, yang kotor, yang jijik.
Takkan mungkin.
Dan, mereka yang diuji hebat, kumpulan mereka yang diuji hebat dengan banjir besar yang melanda adalah kumpulan terpilih dan hebat di sisiNya.
AllahuRobbi.
AllahuRobbi.
AllahuRobbi.
Semoga banjir yang melanda segera surut.
Semoga Kau pelihara dan lindungi sahabat sahabiah kami dan terutamanya alim ulamak yang bersatu tenaga, ilmu, kepakaran untuk mendaulatkan undang-undang ketetapanMU pada kami hambaMU.
Dengan izin Allah.
Mohon dan merayu padaNya.
Berdoa saban waktu.



No comments:

Post a Comment